Thursday 16 May 2013

Sambutan Hari guru 2013


Pada 16 Mei 2013 , Badan Kepimpinan Pengawas (BKP) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis ini disertai oleh semua murid dan guru Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Majlis ini diadakan di dewan utama sekolah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik para pelajar sehingga berjaya. Objektif Hari Guru diadakan adalah untuk menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Selain itu, menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan dari Yan di-Pertua PIBG, Encik Mohammad Husni. Kemudian diteruskan dengan permainan yang diaturkan oleh pengawas iaitu ‘Sambung Berita’. Selesai permainan di dalam dewan, para pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan bagi aktiviti seterusnya iaitu ‘Musical Chair’ yang disertai oleh para pelajar dan guru-guru perempuan. Kemudian permainan futsal dan bola tampar yang turut disertai oleh sebahagian pelajar dan guru-guru lelaki.


 Acara Sambung Berita
 Permainan 'Musical Chair' yang disertai oleh sebahagian pelajar perempuan dan guru .


  Perlawanan futsal antara guru lelaki dan pelajar lelaki.

 Aksi yang mencuit hati daripada Cikgu Ehsan.

 Kehadiran para guru ke dewan .
 Persembahan dikir barat dari pelajar aspura.

 Amaran! Jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di asrama.




Shout Here