Pada
16 Mei 2013 , Badan Kepimpinan Pengawas (BKP) Sekolah Menengah Agama
Al-Ihsan telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Majlis ini disertai oleh semua murid dan guru Sekolah Menengah Agama
Al-Ihsan. Majlis ini diadakan di dewan utama sekolah.
Tujuan
majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah
mengajar dan mendidik para pelajar sehingga berjaya. Objektif Hari
Guru diadakan adalah
untuk menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat. Selain itu, menarik perhatian
ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.
Majlis
dimulakan dengan kata alu-aluan dari Yan di-Pertua PIBG, Encik Mohammad
Husni. Kemudian diteruskan dengan permainan yang diaturkan oleh
pengawas iaitu ‘Sambung Berita’. Selesai permainan di dalam
dewan, para pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan bagi
aktiviti seterusnya iaitu ‘Musical Chair’ yang disertai oleh para
pelajar dan guru-guru perempuan. Kemudian permainan futsal dan bola
tampar yang turut disertai oleh sebahagian pelajar dan guru-guru
lelaki.
Acara Sambung Berita
Permainan 'Musical Chair' yang disertai oleh sebahagian pelajar perempuan dan guru .
Perlawanan futsal antara guru lelaki dan pelajar lelaki.
Aksi yang mencuit hati daripada Cikgu Ehsan.
Kehadiran para guru ke dewan .
Persembahan dikir barat dari pelajar aspura.
Amaran! Jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di asrama.
No comments:
Post a Comment