Monday 24 June 2013

Buku Panduan Disiplin Pelajar SMA AL-Ihsan


Bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan pada tahun ini telah merangka dan menerbitkan Buku Panduan Disiplin Pelajar kepada semua palajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Buku panduan disiplin ini diterbitkan dengan tujuan agar setiap pelajar dapat mengetahui undang-undang sekolah dan mengetahui perkara-perkara yang dilarang dilakukan di sekolah.

Di bawah Bahagian Hal Ehwal Murid, iaitu Badan Kepimpinan Pengawas telah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan hal berkaitan Buku tersebut. Hasil daripada mesyuarat  Majlis Tertinggi BKP dan Majlis Mesyuarat BKP dengan Ustaz Jasrifudin iaitu Guru Disiplin Sekolah Menengah Agama AL-Ihsan, kami telah menetapkan bahawa setiap pelajar diwajibkan untuk memiliki buku panduan disiplin ini.

Berdasarkan mesyuarat tersebut, setiap pelajar juga wajib untuk membawa buku tersebut pada perhimpunan pagi dan pada setiap masa sehingga sesi persekolahan tamat. Sekiranya pelajar didapati gagal melakukan tindakan sedemikian, pihak BKP akan mengenakan denda terhadap mereka iaitu bagi pelajar yang lupa/tertinggal dikenakan RM 1, pada yang hilang dikenakan RM 5 kepada pelajar tersebut.

Semoga dengan usaha Sekolah melaksanakan dan menebitkan Buku Panduan Disiplin Pelajar ini dapat memperkasakan tahap disiplin dalam kalangan pelajar. InsyAllah.


1 comment:

  1. Hebat arr SMA AL IHSAN...siap ad buku panduan disiplin...bangga jap jd ihsanian ^_^,harap2 berkesan

    ReplyDelete

Shout Here