Friday 28 June 2013

Gotong Royong di SMA Al-Ihsan..

     Pada hari sabtu,22 Jun yang lalu,Biro Kebersihan dan Keceriaan,Badan Kepimpinan Pengawas,Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan,Kuantan telah menjalankan aktiviti gotong royong.Aktiviti ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.

     Program ini telah dijalankan bagi mencapai objektif utamanya iaitu membersih,mengindah, dan menceriakan kawasan sekolah.Disamping itu,pihak sekolah cuba mengekalkan dan menambah baik lagi kriteria 4K iaitu kebersihan,keceriaan,keselamatan,dan kerohanian memandangkan sekolah ini pernah memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan 4K peringkat negeri Pahang.Program 4K ini merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh pihak JAIP.Oleh itu,semua sekolah menengah agama negeri Pahang wajib menyertai pertandngan ini.

     Aktiviti gotong-royong kali ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 1,2, dan 4 memandangkan para pelajar tingkatan 3 perlu menghadiri seminar bahasa arab yang telah diatur oleh pihak sekolah.Sebahagian pelajar tingkatan 5 iaitu yang terdiri daripada pelajar aliran sains tulen perlu menghadiri seminar fizik manakala sebahagian yang lain belajar seperti biasa di dalam kelas.

     Sebelum aktiviti ini bermula,sesi taklimat pembahagian tugas telah dimulakan oleh cikgu Kamariah untuk memberi panduan kepada para guru dan pelajar bagi menjalankan aktiviti ini.Kesemua pelajar lelaki yang terlibat diberi tugasan untuk membersihkan kawasan angkat.Kawasan angkat ini merupakan,kawasan-kawasan selain daripada kelas yang terdapat di dalam kawasan sekolah seperti taman herba,pancuran balqis dan sebagainya.Disamping itu,para pelajar perempuan pula telah diberi tugasan untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing.Aktiviti ini secara tidak langsung telah mencapai salah satu objektif sampingan iaitu mewujudkan sikap toleransi dan kerjasama antara pelajar dan guru.

     Kesimpulannya,aktiviti gotong royong yang telah dijalankan pada waktu ini telah dilaksanakan dengan baik,hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh semua warga SMA Al-Ihsan walaupun tidak melibatkan semua pelajar.Semoga dengan usaha ini,sekolah dapat merealisasikan program 4K dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Shout Here