Monday, 7 April 2014

Sekilas Bermulanya Sejarah

Assalamualaikum WBT.

Di dalam setiap bahtera, pasti ada nakhodanya.
Di dalam setiap negara, pasti ada ketua pentadbirnya.
Begitu jualah di Bumi Tarbiyyah Al - Ihsan
Setiap tahun, seperti yang semua sedia maklum dan tahu, organisasi Badan Kepimpinan Pengawas sudah pasti akan menstruktur kembali tampuk pimpinan mereka.

Pada tahun ini (2014), Pihak Pentadbiran Al - Ihsan telah melakukan anjakan paradigma dalam sistem pemilihan Ketua Umum dan Timbalan Ketua Umum Sekolah. Pihak pentadbiran sekali lagi telah membuahkan idea yang cukup bernas dalam usaha melantik Ketua Umum (KU) dan Timbalan Ketua Umum (TKU) Sekolah yang berkaliber melalui proses Pilihan Raya Kecil Al - Ihsan atau dikenali sebagai PRKAI. Hal ini merupakan pilihan raya kecil yang julung - julung kalinya diadakan.
Idea Pilihan Raya Kecil ini dicetuskan tidak lain tidak bukan bagi memuaskan hati semua pihak dan memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar dan warga pendidik untuk membuat pilihan masing - masing.

PRKAI telah diadakan pada 13 Januari yang lalu. Seramai lebih kurang 780 orang telah turun bagi menunaikan kewajipan masing - masing di dewan bersejarah Ad-DaraQuthi. Pengecualian dibuat kepada pelajar tingkatan satu yang baru sahaja memasuki bumi Tarbiyyah Al - Ihsan.

Seawal 9 pagi, kesemua calon KU dan TKU telah melaksanakan tugas pertama mereka iaitu sesi pembentangan manifesto mereka tersendiri. Antara calon KU ialah Ahmad Adli B. Zakaria, Muhammad Hafizi B. Abdul Halim, Muhammad Aiman Ameer B. Abdul Razak dan Iskandar Zulqarnain B. Mazli manakala calon TKU adalah Noor Syafiqah Bt. Mohamed dan Ainun Mardiyyah Bt. Abdul Aziz.   

Ustaz Jas memberi taklimat pengundian seusai pembentangan Manifesto bagi setiap Calon PRKAI. 

Antara pelajar yang turut membuang undi,

Ustaz Jas Selaku Guru Disiplin turut membuang undi. 

GPK Kokurikulum, Ustazah Pesah turut tidak melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawab.

Pada jam 11 pagi, keputusan kutipan rasmi PRKAI telah diumumkan oleh GPK HEM, Ustaz Bihe B. Endut dengan kutipan sebanyak 305 undi bagi Kerusi Ketua Umum (KU) yang berjaya disandang oleh Muhammad Aiman Ameer B. Abdul Razak. Manakala Ainun Mardiyyah Bt. Abdul Aziz telah berjaya memenangi hati para pengundi dengan kutipan sebanyak 523 undi yang melayakkan dirinya menyandang Kerusi Timbalan Ketua Umum (TKU). *keputusan rasmi boleh dilihat di blog PPS IHSAN - http://ppsihsan.blogspot.com

Didoakan mereka berdua yang telah diberi kepercayaan memimpin dan meletakkan pandu arah BKP'14 diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah yang digalas. Syukran. :) 

"Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang" 



No comments:

Post a Comment

Shout Here