Saturday, 26 April 2014

Majlis Penutupan Kempen Martabat Ilmu.

Assalamualaikum wbt. 

Kempen Martabat Ilmu telah pun menutup tirainya. 
Majlis penutupan telah berlangsung pada Jumaat, 25 April. Majlis penutupan Kempen Martabat Ilmu telah berlangsung dengan susunan acara yang cukup bersahaja tetapi padat dengan pengisian yang memberi impak yang mendalam fokusnya kepada para pelajar.

Majlis ini telah dimulakan dengan kehadiran para guru. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Ceramah dari wakil tenaga pengajar, Ustazah Intan Salwaa bt Hassan yang bertajuk 'HIKMAH' . Setelah itu, wakil kumpulan qasidah sekolah juga telah menghangatkan lagi suasana dengan mempersembahkan 3 buah qasidah. Kemudian, tibalah acara kemuncak mengambil tempat iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Berikut ialah senarai para pemenang bagi setiap pertandingan: 

Cerpen :- 
  • Menengah Rendah : Muhammad Hafizul Adib (T.3)
  • Menengah Atas : Wan Nurul Atiqah Izyan (T.5)
Tazkirah :- 
  • Johan : Alif Nasrullah (T.1)
  • Naib Johan : W. Muhd Izzat (T.3)
Pengucapan Awam :-
  • Kategori :
Lelaki :  Johan - Muhd Muhdi B. Sazlan (T.4) (Bahasa Inggeris)
             Naib Johan - Abu Zar (T.5) (Bahasa Arab) 
Perempuan : Johan - Nur Zulaikha Farzana (T.3) (Bahasa Inggeris)
                    Naib Johan - Norsyafiqah Bt. Yaakob (T.5) (Bahasa Melayu)

Sudut Ilmu :- 
  • Menengah Rendah : 2 Ibnu Abbas
  • Menengah Atas : 5 Al-Farabi 2
Nota Terbaik :-
  • Johan : Nor Syahirah Bt. Zulkipli (T.5)
  • Naib Johan : Thuraiya Bt. Murad (T.5)
Poster :-
  •  Menengah Rendah : 3 Ibnu Taimiyyah
  • Menengah Atas : 5 Al-Farabi 2
Explorace : 
  • Juara : 1Ibnu Rusyd
  • Naib Juara : 2 Ibnu Khaldun 
  • Ketiga : 2 Ibnu Taimiyyah
Jutaan tahniah buat pelajar yang telah berusaha dengan gigih mencurahkan ilmu yang mereka miliki dalam meraih tempat sebagai pemenang.

Memetik ucapan yang disampaikan oleh Mudir Al- Madrasah, En. Mustaparuddin bin Osman, beliau melahirkan rasa bangga terhadap pengisian kempen dan menyatakan bahawa objektif kempen ini mencapai matlamat ! Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan jutaan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Badan Pengawas Pusat Sumber dan Badan Kepimpinan Pengawas '14 yang telah gigih menjayakan kempen kali ini.

Alhamdulillah ! :) 

Moga dengan setiap perkara yang dilakukan oleh Badan Kepimpinan Pengawas '14 dan Badan Pengawas Pusat Sumber akan mendatangkan manfaat amnya dan mendapat ganjaran disisi Sang Illahi. 


"Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang" 

Friday, 18 April 2014

MARTABAT ILMU !

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Bertemu kita Kembali ! 
Apa khabaran di Bumi Tarbiyyah Al - Ihsan ya ?

Nak tahu ?
Jom baca ! :) 

Orang Kata, 
Tak kenal, maka tak cinta.

Sama juga dengan ilmu dan pelajaran.
Selagi belum kita terokai, kenali dan fahami serta dalami sesuatu ilmu itu, pasti kita tidak akan dapat rasai getaran keseronokan menimba ilmu itu dihati.

Pada 14 March 2014, Isnin, Badan Pengawas Pusat Sumber dengan kolobrasi Badan Kepimpinan Pengawas '14  telah mengaturkan sebuah Pelancaran Kempen Martabat Ilmu di dewan sekolah. Pelancaran ini telah diatur dan berjalan dengan penuh warna warni. Para pelajar juga memberikan sambutan yang menggalakkan.
Pelancaran ini telah dirasmikan sendiri oleh Mudir Al-Madrasah, Encik Mustaparudin b. Othman. 

Perasmian Gilang gemilang

Sehingga ke hari ini, banyak acara yang telah dijalankan. Antaranya adalah Pertandingan Pengucapan Awam bagi tiga bahasa ; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab. Seterusnya, melukis poster, mereka cerpen, hiasan nota dan juga explorace bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, 

Peserta yang menyampaikan syarahan dengan sangat versatile !
Objekti Program ini, tidak lain tidak bukan. Menzahirkan harapan barisan tenaga pengajar untuk melihat kejayaan dapat dicapai dan dirasai oleh setiap anak didiknya. Cintailah Ilmu. "SESUNGGUHNYA TIDAKLAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU" 


"Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang" 

Monday, 7 April 2014

Kempen Anti Rokok Bermula !

Assalamualaikum WBT.

Dipetik kata - kata Imam al-Syafi’e dalam kitabnya Masyhur al-Umm iaitu :Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri ".


[إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ ]

ISNIN 7 MARCH 2014 -  Badan Kepimpinan Pengawas Al - Ihsan telah mengadakan Pelancaran Kempen Anti Rokok yang telah dirasmikan oleh Mudir Al - Madrasah, En. Mustaparuddin B. Osman. Kempen ini sememangnya menjadi sesuatu aktiviti tahunan bagi BKP dan tidak lain tidak bukan akan dikelolakan oleh BKP Tingkatan Empat pada tahun tersebut. Pada tahun ini, "Rokok Menghancurkan Ummah" telah digariskan sebagai moto kempen kali ini. 

Button Rasmi Kempen Anti - Rokok .
" Rokok Menghancurkan Ummah " 

Pelancaran Kempen ini telah diadakan di Dewan Ad-DaraQuthni bermula jam 7.45 pagi. Pelancaran ini telah disaksikan oleh tenaga pengajar guru dan pelajar SMA Al-Ihsan, yang merupakan sasaran utama kami. 

Kempen ini tidak lain tidak bukan berokjeftif untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan yang jelas kepada para pelajar tentang ancaman dan implikasi merokok. Selain itu, membantu para pelajar meningkatkan sahsiah diri supaya kental menghadapi hasutan - hasutan negatif. 

Sesungguhnya, besar harapan daripada MT & MM BKP'14 untuk melihat kempen kali ini berjaya dan membawa impak positif pada diri para pelajar di SMA Al-Ihsan khususnya. 

Kepada semua pelajar SMA Al-Ihsan, ayuh nantikan aktiviti - aktiviti menarik yang bakal dijalankan ! :) 

Syukran. 


"Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang" 

Sekilas Bermulanya Sejarah

Assalamualaikum WBT.

Di dalam setiap bahtera, pasti ada nakhodanya.
Di dalam setiap negara, pasti ada ketua pentadbirnya.
Begitu jualah di Bumi Tarbiyyah Al - Ihsan
Setiap tahun, seperti yang semua sedia maklum dan tahu, organisasi Badan Kepimpinan Pengawas sudah pasti akan menstruktur kembali tampuk pimpinan mereka.

Pada tahun ini (2014), Pihak Pentadbiran Al - Ihsan telah melakukan anjakan paradigma dalam sistem pemilihan Ketua Umum dan Timbalan Ketua Umum Sekolah. Pihak pentadbiran sekali lagi telah membuahkan idea yang cukup bernas dalam usaha melantik Ketua Umum (KU) dan Timbalan Ketua Umum (TKU) Sekolah yang berkaliber melalui proses Pilihan Raya Kecil Al - Ihsan atau dikenali sebagai PRKAI. Hal ini merupakan pilihan raya kecil yang julung - julung kalinya diadakan.
Idea Pilihan Raya Kecil ini dicetuskan tidak lain tidak bukan bagi memuaskan hati semua pihak dan memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar dan warga pendidik untuk membuat pilihan masing - masing.

PRKAI telah diadakan pada 13 Januari yang lalu. Seramai lebih kurang 780 orang telah turun bagi menunaikan kewajipan masing - masing di dewan bersejarah Ad-DaraQuthi. Pengecualian dibuat kepada pelajar tingkatan satu yang baru sahaja memasuki bumi Tarbiyyah Al - Ihsan.

Seawal 9 pagi, kesemua calon KU dan TKU telah melaksanakan tugas pertama mereka iaitu sesi pembentangan manifesto mereka tersendiri. Antara calon KU ialah Ahmad Adli B. Zakaria, Muhammad Hafizi B. Abdul Halim, Muhammad Aiman Ameer B. Abdul Razak dan Iskandar Zulqarnain B. Mazli manakala calon TKU adalah Noor Syafiqah Bt. Mohamed dan Ainun Mardiyyah Bt. Abdul Aziz.   

Ustaz Jas memberi taklimat pengundian seusai pembentangan Manifesto bagi setiap Calon PRKAI. 

Antara pelajar yang turut membuang undi,

Ustaz Jas Selaku Guru Disiplin turut membuang undi. 

GPK Kokurikulum, Ustazah Pesah turut tidak melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawab.

Pada jam 11 pagi, keputusan kutipan rasmi PRKAI telah diumumkan oleh GPK HEM, Ustaz Bihe B. Endut dengan kutipan sebanyak 305 undi bagi Kerusi Ketua Umum (KU) yang berjaya disandang oleh Muhammad Aiman Ameer B. Abdul Razak. Manakala Ainun Mardiyyah Bt. Abdul Aziz telah berjaya memenangi hati para pengundi dengan kutipan sebanyak 523 undi yang melayakkan dirinya menyandang Kerusi Timbalan Ketua Umum (TKU). *keputusan rasmi boleh dilihat di blog PPS IHSAN - http://ppsihsan.blogspot.com

Didoakan mereka berdua yang telah diberi kepercayaan memimpin dan meletakkan pandu arah BKP'14 diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah yang digalas. Syukran. :) 

"Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang" 



Tinta Alu-Aluan BKP 2014

ASSALAMUALAIKUM !

Sudah adat resam zaman ke zaman. Yang patah pastikan tumbuh, yang hilang ada pengganti.
Tahun baru, lembaran baru, cerita baru, Admin juga sudah tentu akan bertukar tangan.
Sempena entri pertama untuk tahun 2014 ini, BIRO MEDIA DAN DOKUMENTASI BARISAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMA AL - IHSAN ingin memulakan tinta dengan mengalu- alukan pembaca - pembaca blog yang setia serta penghedap misteri di luar sana untuk sama - sama kita meriahkan suasana blog ini dengan menekan butang " Follow " di hujung skrin ini sahaja.

Terus dan terus dan teruslah ikuti perkembangan - perkembangan yang sudah pastinya memaparkan hanya yang terbaik dari bumi tarbiyyah Al - Ihsan. Juga, jangan dilupakan untuk sentiasa titipkan doa buat kami khususnya BKP'14 untuk sentiasa berdedikasi dan komited menjalankan amanah !:)
Sekian.



                               "Disiplin Cemerlang Pemangkin Al-Ihsan Gemilang"
                                               

Shout Here